SEJARAH
Sekolah Kebangsaan Guar Nangka
Sekolah ini diasaskan pada tahun 1943. Ketika pemerintahan
Jepun dikenali sebagai Sekolah Rakyat. Atas usaha Allahyarham Tuan Abdul
Rahman Mudim yang telah mewakafkan sepintu rumah kedainya untuk
dijadikan bilik darjah. Sepupunya Encik Mustapa Abu Bakar telah secara
sukarela menjadi guru untuk mengajar murid-murid seramai 33 orang.
Pada 1948, sebuah Jawatankuasa Pengelola telah ditubuhkan.
Nama sekolah telah ditukar kepada ‘Almadrasah Addiniyah’ dan telah
dirasmikan oleh Tuan Sheikh Mahmud Md. Saman. Kadi Besar Perlis.
Pada Tahun 1954, Tuan Sheikh Ali Baijunit telah berusaha
mendirikan sebuah sekolah tambahan. Usaha berterusan diadakan bagi
mendapat kerjasama daripada JPN Perlis. Dalam bulan Jun 1954, D.Y.M.M
Tuanku Raja Perlis telah berangkat untuk penyerahan pentadbiran kepada
JPN Perlis.
Tanggal 23 Jun 1954, JPN Perlis telah menugaskan seramai 5
orang guru termasuk En. Che Chin Che Mat sebagai guru besar. Ketika itu
terdapat seramai 121 orang murid.
Sebuah bangunan telah dibina pada 1971 dan siap pada
1973. Perasmian bangunan tambahan ini telah disempurnakan pada 20 Jun
1973.
Pada 1976 sebuah bangunan tambahan 2 tingkat telah mula
dibina dan siap pada 1977 dan telah dirasmikan oleh Y.A.B Dato’ Jaafar
Hassan pada 20 Jun 1977.
Sebuah bangunan tambahan bagi menampung 4 buah kelas telah
dibina pada 1986. Bangunan ini telah dibina secara gotong-royong dan
telah disiapkan pada bulan November 1987. Tanggal 11 November 1987
bangunan ini telah dirasmikan oleh Y.B Tuan Haji Yazid bin Mat, seorang
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis.
Pada Julai 2009 dua blok bangunan 4 tingkat telah dibina
dan siap pada Jun 2010, bangunan ini menyediakan bilik-bilik khas
seperti makmal sains, bilik seni dan bilik-bilik khas yang amat
diperlukan dalam proses PdP. Infrastruktur terbaru ini diharap dapat
menampung jangkaan tambahan penduduk di sekitar kawasan Guar Nangka.
Kepada mereka yang telah banyak berjasa dan berbudi
terhadap agama, bangsa dan negara, segala jasa dan budi mu tetap
dikenang dan akan terpateri di lipatan sejarah.
VISI SEKOLAH
SK GUAR NANGKA CEMERLANG 2015
MISI SEKOLAH
Menyediakan perkhidmatan yang berkualiti ke arah mencapai kecemerlangan
kurikulum, kokurikulum serta menghayati sepenuhnya nilai-nilai murni
dan Wawasan Pendidikan Negara bagi menghasilkan insan yang berjaya.
MATLAMAT SEKOLAH
- Mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran untuk menghasilkan insan yang yang mempunyai daya keutuhan, ketahanan tinggi bagi memenuhi aspirasi dan kehendak individu, masyarakat dan negara.
- Pengurusan secara berpatisipasi bagi melahirkan rasa bertanggungjawab ke atas setiap keputusan yang di ambil dan komited untuk melaksana dan menjayakannya.
- Mewujudkan perkhidmatan penyayang yang mengutamakan nilai-nilai kemanusian dan menghargai dan menghormati harga diri manusia.
- Menjadikan sekolah sebagai pusat pembudayaan ilmu bagi melahirkan insan yang berdaya saing.
- Mewujudkan suasana sekolah penyayang bagi memberi identiti, kebangaan dan harga diri, semoga dalam suasana positif dan mesra akan mendorong merekamencintai guru,ilmu dan sekolah.
- Membina budaya kecemerlangan berpegang kepada konsep “Ketiadaan Kecacatan” bagi melambangkan usaha ke arah kecemerlangan dan meningkatkan keprihatinan dan sensitiviti terhadap kualiti.
OBJEKTIF SEKOLAH
1. Memastikan semua pelajar yang berada di sekolah ini mendapat kemudahan pendidikan dengan teratur dan sempurna.
2. Semua pelajar dapat membentuk akhlak dan nilai-nilai hidup yang
sesuai dengan kehendak masyarakat Malaysia bagi melahirkan insan dan
warganegara yang berilmu, beriman dan beramal.
3. Semua staf pengurusan, tenaga pengajar dan staf sokongan
mempunyai kesedaran supaya dapat berusaha ke arah penghayatan dan
pencapaian matlamat Sekolah.
4. Menyediakan segala kemudahan pengajaran dan pembelajaran serta
mewujudkan iklim persekolahan yang baik supaya matlamat kecemerlangan
dapat dicapai.
5. Menjadikan Sekolah sebagai institusi pendidikan yang unggul dan
boleh dibanggakan bagi memungkinkan pelajar-pelajar mencapai tahap
kecemerlangan dalam segala bidang.
PIAGAM PELANGAN
Kami warga SK. Guar Nangka berjanji untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada pelanggan-pelangan kami.
- Memastikan semua keperluan murid dipenuhi.
- Memastikan kebajikan dan agihan tugas yang adil kepada staf dipenuhi.
- Sentiasa memberi layanan dan mewujudkan siratulrahim kepada ibu bapa dan komuniti.
- Bersedia memberi kerjasama kepada Jabatan Pelajaran Negeri Perlis dan Kementerian Pelajaran Malaysia.
No comments:
Post a Comment