Thursday, 2 April 2015

Guru Idaman

Walaupun sudah bertahun-tahun mengajar kadang-kadang terasa masih ada dalam kalangan murid-murid yang tidak menyukai kita. Sebagai guru yang benar-benar inginkan kejayaan murid-murid sudah tentu perkara ini merunsingkan kita. Bagi saya, jika seseorang guru tidak ambil kisah situasi ini, guru tersebut bukanlah seorang pendidik dalam erti kata sebenar.

Kali ini terasa ingin berkongsi dengan rakan-rakan sekelian apa yang saya baca walaupun sumbernya dah lama tapi masih relevan. Ciri-ciri guru idaman yang saya petik dari Majalah Nur, keluaran Mei 2004, hal. 66:


1.   Jadikan pelajar sebagai fokus, bukan anda sebagai fokus.
2.   Kaji potensi pelajar.
3.   Wujudkan suasana selesa dan selamat.
4.   Pancaran semangat guru.
5.   Bersedia untuk mengajar.
6.   Perjelaskan sesuatu jika anda sukar untuk memudahkannya.
7.   Belajar mengakui kelemahan tanpa mengorbankan kredibiliti.
8.   Mengajar dari hati.
9.   Ulang fakta penting.
10.  Guru yang baik bertanya soalan yang baik.
11.  Bukan pemberi maklumat semata-mata.
12.  Berhenti bercakap, jadi pendengar.
13.  Belajar mendengar apa yang sepatutnya.
14.  Biarkan pelajar mengajar sesama sendiri.
15.  Elak guna pendekatan yang sama kepada semua pelajar.
16.  Jangan sekali-kali berhenti mengajar.
17.  Mempunyai emosi yang stabil dan mental yang sihat.
18.  Mempunyai sifat kreatif, imaginasi dan berdaya saing.
19.  Mempunyai suara dan tingkahlaku yang beradab.
20.  Menepati masa dan kebolehan mengurus.
Semoga perkongsian hari ini sedikit sebanyak memberi kesedaran kepada kita bahawa lebih baik kita baiki kelemahan diri daripada asyik mengkritik kelemahan orang lain. Kata Saidina Umar Al-Khattab r.a:
Hitunglah diri sendiri sebelum menghitung orang lain”.

Bye... jumpa lagi.

No comments:

Post a Comment